16 Februari, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKCB2 kali ke-17 sesi 2012/2013

9 Februari 2012 pada jam 2.30 petang hari khamis berlangsung mesyuarat PIBG kali ke 17 di kantin SKCB2. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh ADUN Ayer Puteh, Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul Hakim Tan Sri Haji Wan Mokhtar. Pada tahun ini, SKCB2 sangat bertuah berikutan mendapat peruntukkan kelas Maya yang telah disumbangkan oleh YB.

Pemilihan AJK pada tahun berjalan lancar. Tiada perubahan ketara dilakukan dengan Naib Yang Dipertua dan AJK kecil sahaja yang berubah. AJK sesi 2012/2013 bagi kuota ibu bapa adalah seperti berikut :

Yang Dipertua : Encik Bahri Abdullah (kekal)
Naib Yang Dipertua : Encik Salleh Ali (baru)
ahli bersetuju untuk AJK Kecil iaitu encik Zakaria Sulong (baru), encik Azmi Ismail (baru), encik Othman (baru), encik Nazri (baru), puan Safiah Idris (kekal), puan Zaini Muda (kekal) dan puan Nooraini (baru). Manakala bagi bagi kuota guru akan dibincangkan oleh pentadbir bagi jawatan seperti setiausaha, bendahari dan 3 orang AJK Kecil. Begitu juga ahli bersetuju untuk memberi mandat kepada pihak sekolah untuk memilih 2 orang pemeriksa kira-kira.

Berkenaan dengan bayaran tambahan persekolahan, ahli sebulat suara bersetuju dengan bayaran yang telah dikemukan dalam mesyuarat Agung ini.
Readmore »

16 Julai, 2011

Watikah Pelantikan Pengawas 2011


Watikah pelantikan telah diadakan setiap tahun seperti tahun-tahun sebelumnya dengan pelaksanaan majlis diadakan dengan ceramah motivasi, bidang tugas dan pelbagai input untuk menjadi pemimpin dalam sekolah..

Pengawas sekolah adalah berbaju biru, Pengawas Pusat Sumber berbaju Merah manakala pengawas SPBT berbaju hijau..

Ketua dan penolong ketua murid berbaju putih yang terdiri daripada tahun 1 hingga 6..

syabas kepada  murid yang telah dilantik dan harapan cikgu agar kamu menjadi contoh teladan yang baik dari segi akademik dan kokurikulum.. 






Readmore »

LARIAN 1MURID 1SUKAN

 Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan bersempena majlis pelancaran 1 Murid 1 Sukan. Pelancaran ini diadakan seluruh negara secara serentak bagi menyatakan kesungguhan pihak kementerian pelajaran Malaysia berkenaan sukan..



Kerajaan negeri Terengganu khususnya pula memberi insentif kepada pelajar yang aktif dalam sukan dengan pemberian elaun serta keutamaan pemberian biasiswa kepada pelajar yang aktif dalam sukan..
maka dengan itu, pelajar negeri Terengganu seharusnya merebut peluang ini bagi menjadikan negeri Terengganu hebat dalam kegiatan sukan sekaligus menaikkan nama negeri Terengganu..


Readmore »

HARI GURU 2011

Sambutan hari guru pada tahun 2011, lebih bermakna dengan kehadiran Y.B Tuan Haji Hakim, ADUN Ayer Puteh bagi memeriahkan majlis sambutan. Kehadiran YB pada tahun ini bagi memeriahkan lagi acara sukaneka hari guru dengan pada awal pagi diadakan permainan bola tampar dengan pasukan YB..YB turut menjadi hakim bagi acara sukaneka yang dipertandingkan dengan para pesertanya adalah warga kerja SKCB2..

Readmore »

27 Disember, 2010

Mesyuarat Pengurusan SKCB2 Sesi 2011

Pada 27 Disember 2010, mesyuarat pengurusan SKCB2 telah diadakan bagi sesi 2011 yang bakal bermula tidak lama lagi..Mesyuarat berjalan lancar dengan pelbagai maklumat penting dimaklumkan serta tugasan-tugasan yang bakal dilaksanakan secara bersama.







Mesyuarat ini dilaksanakan serentak dengan mesyuarat Guru, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum..Motto baru SKCB2 bagi 2011 adalah 'sederap kita jayakan mencipta kejayaan'. Diharap dengan semangat baru dan motto baru akan dapat memacu SKCB2 ke arah yang lebih baik hendaknya..
Readmore »

22 Julai, 2010

Keputusan PTK Sesi Jun 2010

Keputusan PTK sesi Jun 2010 boleh disemak melalui Aplikasi dalam pautan Majlis peperiksaan blog ini..
Readmore »

30 Jun, 2010

Program Kem Membaca

KEM MEMBACA dilaksanakan pada 30 Jun 2010, sempena bulan membaca pada bulan Julai setiap tahun. Dengan program yang telah dirancang dapat kiranya semua warga SKCB2 terutamanya murid minat membaca dan menjadikan ianya sebagai budaya membaca. Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya : 
Aktiviti 1 : Membaca selama 10 minit ( semua warga SKCB2)
Aktiviti 2 : Kuiz ( semua murid terlibat ) 
Aktiviti 3 : Mewarna Kulit Buku (penglibatan murid Pra, Tahun 1 dan 2), Tulisan berangkai ( tahun 3) dan Buku Skrap (semua tahap 2)

Program ini julung-julung kali diadakan dan berkemungkinan akan menjadi program setiap tahun bagi menggalakkan semua warga SKCB2 terutamanya murid minat dalam membaca. Program ini bermula jam 8.00am hingga 1.00pm. 
Ucapan tahniah kepada yang berjaya dan pertingkatkan diri bagi mencapai kejayaan. Bagi yang tidak berjaya, usaha lagi tanpa putus asa. Ilmu adalah pelita hidup, maka untuk menambah ilmu adalah dengan banyakkan membaca. 
Terima kasih diucapkan kepada semua Warga SKCB2 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Apa yang penting adalah kerjasama..SELAMAT MAJU JAYA..












    
Readmore »

01 Jun, 2010

Pesanan Luqmanul Hakim...

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH


02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah

17-Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.'

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu
Readmore »

31 Mei, 2010

Semakan Pertukaran Guru 1 Jun 2010

Pihak kementerian telahpun menetapkan dasar bahawa pertukaran pada 1 Jun 2010 harus dilihat dengan teliti dan tidak boleh sewenangnya kerana kesilapan boleh menjejaskan prestasi dan pengajaran-pembelajaran murid terutama yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan.Dalam masa yang sama kebajikan guru diambil kira.

Justru itu pertukaran 1 Jun diberi keutamaan bagi justifikasi berikut:-
  •  kes ancaman keselamatan
  • kes kesihatan kronik
  • kes mengikut pasangan
Manakala kes-kes lain yang bukan urgensi akan dipertimbang bagi pertukaran 1 Jan depan.Maklumat lanjut layari http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/05/pertukaran-guru-1-jun-2010-tahniah-dan.html
Readmore »

20 Mei, 2010

Kesatuan guru mohon ditimbang 11 insentif

Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menyenaraikan 11 insentif bagi golongan pendidik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.Maklumat lanjut layari http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/05/kesatuan-guru-mohon-ditimbang-11.html
Readmore »