Pada 17 februari 2010, majlis watikah pelantikan para pengawas sekolah dan pusat sumber serta ketua dan penolong kelas telah diadakan. Acara ini diadakan setiap tahun maka tiada apa yang terlalu istimewa sangat namun bagi guru yang telah lama berhajat untuk melihat pemakaian vest, maka tercapailah hajatnya..hehehe..
oleh yang demikian, murid pada tahun ini yang dilantik menjadi pengawas di SKCB2 adalah golongan yang bertuah kerana menjadi murid tahun pertama memakai vest. Dengan pemakaian vest ini diharap akan menjadi semangat kepada semua murid untuk menjadi lebih baik dan berusaha untuk menjadi seorang murid yang terpilih sebagai pengawas.
Apatah lagi murid yang telah terpilih sebagai pengawas, akan cuba dan berusaha untuk mengekalkan potensi yang ada untuk terpilih setiap tahun sebagai pengawas...ini akan menjadi satu persaingan yang sihat dikalangan murid SKCB2..
Terima kasih kepada semua guru dan warga SKCB2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini..


0 ulasan:
Catat Ulasan