26 Mac, 2008

TUGAS AJK KERJA PSS

Tugasan umum

  • Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
  • Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah kepada Jawatankuasa Tadbir (Induk)
Tugas Guru Media/ Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
  • Menyelaras semua program media yang dirancang dan dilaksanakan
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukanMenggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah
  • Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber Sekolah
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta berhubung dengan urusan Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan laporan
Setiausaha
  • Membolehkan penyelaras Pusat Sumber Sekolah menjalankan pentadbiran pusat sumber
  • Melaporkan segala laporan mesyuarat yang dijalankan
  • Membuat laporan tahunan segala tindakan yang telah diambil dalam melaksanakan perancangan tahunan pusat sumber sekolah
  • Membantu segala tugas penyelaras Pusat Sumber Sekolah
Tugas-Tugas Guru Perpustakaan
  • Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.
  • Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
  • Merancang aktiviti perpustakaan
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan
  • Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
  • Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi perpustakaan
  • Menyemak stok pada akhir tahun
  • Mengemukan salinan setiap stok kepada penyelaras PSS untuk difailkan
Tugas Guru Bilik Tayang (Audio-Visual/Multimedia)
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit tayangan
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan tayangan seperti jadual waktu siaran dan jadual tajuk rancangan.
  • Menyediakan jadual penggunaan Bilik Audio-Visual
  • Membina koleksi pita-pita video rancangan TV Pendidikan
  • Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik Audio-Visual
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik Audio-Visual sepanjang masa
Tugas Guru Bahan Bantu Mengajar
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan alat pandang dengar/ alat bantu mengajar untuk pusat sumber sekolah
  • Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke dalam buku stok alat pandang dengar
  • Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk pengetahuan guru-guru.
  • Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan penggunaan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara berkesan.
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.
  • Mengemukan salinan setiap stok kepada penyelaras PSS untuk difailkan
Tugas Guru Makmal Komputer
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit Makmal Komputer
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan pengkomputeran seperti jadual waktuMenyediakan jadual penggunaan makmal komputer
  • Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Makmal Komputer
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan komputer kepada sekolah dengan segera
  • Menganjurkan kursus dalaman kepada warga sekolah
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan makmal komputer sepanjang masa
  • Tugasan lain yang difikirkan perlu dan bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan dan pengetahuan komputer
Tugas Guru PPSMI
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit PPSMI
  • Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke dalam buku stok
  • Mengemukan salinan setiap stok kepada penyelaras PSS untuk difailkan
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan PPSMI seperti jadual waktu
  • Menyediakan jadual penggunaan bilik PPSMI
  • Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan bilik PPSMI
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan komputer kepada sekolah dengan segera
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik PPSMI sepanjang masa
  • Tugasan lain yang difikirkan perlu dan bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan dan pengetahuan warga sekolah seperti kursus dalaman, dan sebagainya
Tugas Kerani/Pembantu PSS
  • Bertanggungjawab kepada Penyelaras dan guru-guru PSS
  • Membantu guru PSS mengurus perkhidmatan pinjaman dan menyimpan rekod-rekod yang bersabit dengan PSS
  • Membantu guru-guru dalam urusan memesan dan menerima buku-buku dan bahan - bahan lain.
  • Membantu mengkelas dan mengkatalog buku-buku/bukan buku.
  • Membantu memproses buku/bukan buku untuk pinjaman dan penggunaan PSS.
  • Menyusun, menyemak dan membaikpulih buku-buku yang rosak.
  • Mengawal disiplin pelajar-pelajar semasa berada dalam PSS.
Tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber
  • Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan susunan alat/bahan
  • Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
  • Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai alat/perabot.
  • Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-buku.
  • Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak dan bukan cetak.
  • Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.
  • Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru PSS untuk tujuan fail tegak.
  • Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan