26 Mac, 2008

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK INDUK

Pusat Sumber Sekolah hendaklah dikawal oleh sebuah badan yang disebut Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.Tugas-tugas jawatankuasa ini ialah:

  • Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber Sekolah
  • Mengkaji dan meluluskan program-program media yang dicadangkan
  • Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan program-program media
  • Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat sumber Sekolah.
  • Perincian tugasan Jawatankuasa Induk

    Penasihat/ Guru Besar
  • Sebagai penasihat dalam pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
  • Memastikan pusat sumber sekolah berjalan mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh unit Teknologi Pendidikan (UTP)
  • Membantu serta menasihati perancangan, pelaksanaan program-program untuk mendapatkan alat atau media serta lain-lain kemudahan bagi memneuhi keperluan pendidikan yang kian mencabar
  • Membentuk satu dasar yang praktikal bersama pengerusi-pengerusi perkhdimatan media di sekolah dan menyelaras kegiatan ini dengan pusat Sumber Sekolah yang lain dalam daerah yang sama dengan kerjasama dan bantuan Pusat Sumber Sekolah
  • Mengadakan perbincangan dengan pegawai bahagian Teknologi Pendidikan, Pegawai-pegawai PPD, Pegawai PKG, pegawai Kurikulum negeri, pegawai unit teknologi pendidikan mengenai program media di sekolah
  • Menasihati dan membantu mengurus membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
  • Menyediakn kemudahan-kemudahan membaiki dan mengndali alatan pengajaran
  • Menyebarkan konsep-konsep pusat sumbner sekolah kepada guru-guru, murid-murid dan masyarakat setempat

    Pengerusi/ Guru Penolong Kanan 1
  • Sebagai ketua pentadbir Pusat Sumber Sekolah
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah berjalan dengan berkesan untuk mencapai objektif Pusat Sumber Sekolah
  • Membentuk satu dasar praktkal bersama penasihat mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiastan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan pusat sumber sekolah
  • Menyelaraskan kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat
  • Merancang untuk mendapatkan bantuan derma dari pihak-pihak tertentu dalam berbagai bentuk moral dan material seperti wang tunai, buku dan bahan-bahan alat pandang dengar serta kepakaran tertentu
  • Merancang untuk mewujudkan Pusat Sumber Sekolah dan merangka peranannya, kepentingannya dan strategi perkembangannya
  • Merancang perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
  • Melahirkan suasana yang menggalakkan warga sekolah menggunakan Pusat Sumber Sekolah secara optima demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

0 ulasan:

Catat Ulasan