Program ini dilaksanakan bagi membimbing murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Pada tahun ini, ibu bapa dijemput hadir dalam memberi penerangan dan pemahaman berkenaan dengan program ini.Program ini dilaksanakan sepanjang tahun sehingga menjelang peperiksaan UPSR.
Setiap murid diberikan seorang guru bagi membimbing mereka dalam soal pelajaran dan hal-hal lain termasuk hal peribadi. Tugas mento adalah memberi pandangan, tunjuk ajar serta membimbing murid di bawah jagaannya. Manakala Mentee (murid) pula berperanan untuk mendengar, menerima pandangan serta belajar dan bertanya apa sahaja jika mempunyai masalah apatah lagi hal-hal yang boleh mengganggu pelajaran mereka.
Murid yang berpotensi cemerlang akan diberikan kepada guru yang berpengalaman.


0 ulasan:
Catat Ulasan