Pada 27 Mac 2010, bermula sukan olahraga peringkat Daerah Kemaman bertempat di SMK Sultan Ismail 2. SKCB2 tidak terkecuali bagi memeriahkan acara olahraga ini yang mana seperti biasa menyertai pelbagai acara namun pada tahun ini semua sekolah di daerah Kemaman diwajibkan menyertai upacara perbarisan. Walaupun perbarisan ini dipertandingkan bagi SKCB2 ianya adalah satu permulaan dan bagi memeriahkan majlis ini.
Sasaran kami adalah melakukan setakat kemampuan murid kami.Jika tidak layak ke peringkat akhir sekali pun, kami selaku warga SKCB2 berpuashati, maklumlah itulah kemampuan kami.
Mengikut rekod lepas, SKCB2 adalah antara sekolah yang boleh dikatakan cemerlang dalam sukan olahraga seperti memenangi pelbagai acara antaranya melontar peluru L11, L12, P11 dan P12 pada tahun 2007 dan 2008.Dan paling membanggakan murid kami pernah memenangi olahragawan harapan 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2005 dan 2006.
Namun setiap tahun selepas itu, berlakunya kekurangan murid yang membimbangkan pihak kami, maka kami redha dengan apa yabg berlaku. Apa pun yang penting pihak kami akan sentiasa memberi sokongan terhadap kemajuan sukan di Daerah Kemaman ini
Sukan olahraga ini bermula pada 27 dan berakhir pada 30 Mac 2010.
Penulis : kamera tak ingat nak bawa, so suruh kawan yang ambil gambar dan hantar melalui e-mel..
27 Mac, 2010
Home » Sukan Olahraga Daerah Kemaman 2010 » Sukan Olahraga Daerah Kemaman 2010
Sukan Olahraga Daerah Kemaman 2010
Dicatat oleh
SKCB2
di
9:31 PTG
0 ulasan:
Catat Ulasan